Pada suatu hari, Fatimah mengadu kepada suaminya Ali bin Abu Talib
tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum
untuk membuat roti.
“Bapamu telah datang membawa balik tawanan
perang. Berjumpalah dengannya dan mintalah seorang hamba untuk membantu
mu,” kata Ali.
Lalu Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang hamba bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam,” kata Rasulullah.
Ini merupakan penawar ringkas yang diajarkan oleh Rasulullah kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan kehidupan mereka. Malah Ali terus mengulang kalimah yang di ajarkan ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

Masya Allah, mari perbanyak dzikrullah!
BalasHapusBetul sekali Saudari... dzikrullah menenangkan qalbu
BalasHapusTogel Online !!! SGP | HKG | SYD
BalasHapusAyo Bertaruh Bersama kami di agens128. win
dapatkan potongan langsung pada setiap taruhan togel anda
Proses Depo Dan WD Tercepat yang Pernah ada !
Info Lebih Lanjut Hubungi Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 087789221725
Telegram : AgenS128